Thursday, March 18, 2010

Allah Bantulah Ak dalam Menghadapi Dugaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Alhamdullilah ak bersyukur kerna Allah masih menyanyangi kiter lagi...
hari ini antara hari yang mengingatkan kiter mengenai ujian-ujian Allah akan datang bila-bila masa je...
dalam seminggu ni, kiter hanya menangis dalam hati je..tpi adakah menangis kiter akan dipandang Allah? wallahualam...kiter mengharapka Redho dari Allah dari apa yang telah kiter lakukan selama ni..dan berkat dan rahmat Allah yang dicari..moga-moga akan dapat dan kekal di hati..
Menagis? kebaikan nagis ni bile kiter nagis pd tempatnya, kiter akan rase satu aura yg berlainan..erti kata lpas nangis uh kiter sedar sape diri kiter kat dunia ni..betapa hina n jahilnya diri kiter ni...(insaf)
sedih sbb knapa kiter terlalu mengejar dunia tpi tidak mengejar akhirat sama macm kiter kejar dunia...takut n rase sedih sgt..astagfirullahalazim..
rase nak menitis je air mata ni..
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia..kiter baru je blaja sikit-sikit pasal mengenal siapa Pencipta kiter..tpi perbuatan dan amalan kiter tidak melambangkan siapa diri kiter..
Ya Allah, Andai kata ini merupakan ujian dariMU..ak bermohon agar Kau tabahkan hatiku..ak xmampu menangung ujian yang berat sebegini..
Ya Allah seandainya ak mencintai seorg wanita itu keranaMu dan wanita itu akan mendekatkan diriku kepadaMu maka percepatkanlah jodoh kami..
Ya Allah seandainya ak mencintai seorng wanita itu bukan keranaMU dan wanita itu akan menjauhkan diriku dari padaMU maka jauhkanlah hatiku ini Ya ALLAH dari hatinya..

Ujian adalah perkara yg dapat mengajar kiter erti sebuah kehidupan..Allah akan uji kiter sbb Dia masih sayang kat kiter..Rasullullah saw pernah diuji ketika saidatina Khadijah dan Abdul Mutallib meningal dunia..pada saat itu Rasullullah saw telah kehilangan dua orang kuat baginda saw..

Namun Allah telah memberikan pertolongan kepada kekasihNYA dengan mengajarkan Rasullullah SAW untuk bersolat melalui perantaraan malaikat Jibril..ingat lagi mase kisah isra' mikraj, rasullullah meminta pada Allah untuk mengurangkan solat 50 waktu pada 5 waktu...ALLAH..SUBHANALLAH...

Ingatlah diri kiter ni banyak dosa..ilmu adalah cahaya...jgn hilangkan cahaya melalui dosa..tpi tambahkan cahaya dan kurangkan dosa... :)

:) tq ALLAH, Alhamdullillah

Wednesday, March 10, 2010

Allah Ampunkan Ak...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG

Alhamdullillah, Kau berikanku kesedaran...

Allah Tuhan Pemilik Segala-galanya... pada hari ni, ak telah sedar bahawa tujuan ku berada di sini..hampir sahaja lari..matlamat yg ingin kucapai sebagai seorg pelajar hampir diperkosa..huhu..diperkosa? maksudnya hampir ilang arah n tujuan..

tapi thanks to Allah sbb ak diberi petunjuk satu demi satu..Allah,thanx a lot..Segala puji-pujian hanya untukMu..hanya Kau Pemilik segala pujian...

hari ni,ak baru terdetak di hati bahawa ".....la takrabu minazina...."...jgn sekali-kali mendekati/hampiri zina...
zina ader macm2. antaranya:

1. zina mata
2. zina hati
3. zina tangan
4. zina mulut
5. zina tangan
6. zina yang memasukkan kemaluan laki kedalam kemaluan(faraj) perempuan

ni jer yg ak tau...kalau ader tambahan tuk perkongsian silakan.. :)

sambung....
lpas je ak terputus dari jalinan ikatan yg tidak sah..ak mencari Dia...ak pelajari ilmu untuk mengenal DIA...macam2 ak buat tuk mencari Cinta DIA...
dalam mencari cinta Dia..ak diuji lagi..tpi alhamdullillah sbb ak tersedar melalui penulisan kali ini...

ak telah berbuat zina dan zalim terhadap diriku..bagaimana ak mgkin mencari cintaNya?
Allah ampunkan ak..atas dosa yg telah ku lakukan..dalam sedar atau pun tidak..amin..:)
ak berharap lpas ak diBRAIN WASH tdi..diri ini dapat kembali seperti apa yg ku idamkan...mgkin tidak semantap pemimpin Islam dahulu..tapi akan ku cuba untuk memantapkan diriku.. :)

marilah bangkit wahai pemuda pemudi Islam..jgn kau dijajah minda dan tingkahlaku oleh penjajah yang tidak sedar akan pergerakannya..bangunlah...jgn sampai kau terlambat...

sebagai permulaan tuk titk perubahan....(insya allah)



Ya Allah, ak tak layak ke syurgaMu,

tidak sanggup ak tuk ke nerakaMu,

Ampunkan ak atas segala dosa-dosaku...

AMIN Ya Rabbalalamin...

tq Allah, Alhamdullilah :)

Alhamdullilah :) tq to cik kutip :P

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lgi Maha Penyanyang

Alhamdullillah n tq(dlm bahasa Inggeris) to Allah..dalam diam rupenya..ader gak yang sanggup jdi kiternye follower..thanx to cik kutip..huhuhu
Sebenarnya cam pelik jugak sbb tetibe jer ader org yang nak jadi follower..sbb dalam konteks kehidupan..
terdapat 2 jenis manusia:

1. manusia yang bleh memimpin (the Leader)

2. manusia yang bleh dipimpin (the Follower)

kiter prefer both ikut situation..bkn senang tau nak jadi pemimpin kalo xder ilmu..
ble cakap pasal kepimpinan..terdetik di hati mengenai riwayat saidina Ali karamallahuwajjah(pintu bagi gedung ilmu)..beliau merupakan seorang sahabat dan tokoh terkenal dari pelbagai aspek..dalm aspek kepimpinan pula ader satu cerita pasal beliau..
diriwayatkan apabila saidina Uthman dibunuh..lalu berlaku proses pemilihan ketua atau khalifah pada masa itu..pelbagai nama disebut-sebut oleh masyarakat arab untuk dijadikan khalifah pada ketika tu..
nama yg turut disebut ialah saidina Ali karamallahuwajjah..
(panjang citer ni) tapi yg kiter ingat bile dia dijadikan khalifah atas sokongan daripada penyokong beliau..beliau menolak pada mulanya..tpi lepas dipujuk lalu beliau mengambilnya..antara alasan yg diberikan adalah beliau ialah beliau tidak mampu untuk memikulnya..kerna AMANAH..dan sebelah kaki pemimpin itu ialah antara syurga dan neraka...kalau baik kepimpinan syurgalah tempatnya..jika sebaliknya maka nerakalah tempatnya..
nak cakap pasal amanah pula..imam Syafiee pernah bertanya kepada anak-anak muridnya..benda apakah yang paling berat didunia..pelbagai jawapann yeng keluar..dan semua jawapan dari mereka adalah betul..namun imam Syafiee menambah bahawa benda yang paling berat ialah Amanah..Amanah adalah perkara yang sangat penting...kiter yg lemah ni xterkata bila sebt pasal amanah..perasaan takut,cuak bercampur sbb dalam pemikiran kiter ni tertanya adakah ak bersikap amanah terhadap kepimipinanku..wallahua'lam..(kalau nak tahu lebih lanjut tanyalah pada mereka yg arif pasal apa yang kiter tulis ni) sbb kiter menulis atas dasar ilmu yg ciput ni...



:) tq to Allah,Alhamdullillah

Monday, March 8, 2010

ALHAMDULLILLAH...tq to Allah bcause kiter ader 1st follower..tq to belonglala.. :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyanyang

Tq to Allah 4 giving me the best day everyday...ari2,kiter nak jadi org yang terbaik dari ari sebelumnya.tapi masih xder kekuatan..tp insya allah, kiter kne kuatkan semangt bagi menjana cita-cita uh.. :)
Ari ni nak kongsi psl ape yg kiter buat tdi..tpi b4 uh nak smbung pasal..pandangan dari persepsi cinta.. :)
1: pandangan biasa
pandangan biasa ni kiter dapat bagi hint ble contoh situasi...remaja skang ni suke bercinta. pas uh segelintir bercinta sbb member bercinta.xder sbb tuk dpt ape2 tpi sbb mmber bercinta tu sbb dorang bercinta..itulah pandangan mata biasa di mana mereka yang bercinta mencintai seseorg sbb dipengaruhi.. :) harap2 paham la yea..huahuahua :p
2: pandangan nafsu
pandangan nafsu dapat dilihat bila kiter bercinta kiter mahukan kemahuan nafsu..contohnya nak kikis duit pasangan ker,nak ambil kesempatan ker..astagfirullahala'zim..harap2 tak cam tu lar yer..
3: pandangan akal
pandangan akal dapat dilihat bila kiter suka sesorang uh dari pandangan ilmu yang kiter ada contoh segi kepandaian dan mgkin atas dasar2 yang menyebabkan kiter suke si dia sbb die ni dapat memberi manfaat pd kiter d masa hadapan..contoh, kiter suke sorang ni pas uh kiter rase dia ni dapat hiburkan kiter mase kiter sedih..n mugkin kiter suker die ni sbb die ni mugkin dpt memberi kiter kesenangan di masa hadapan..biasa nye pandangan akal akan menipu..sbb manusia sukar diramal..ingat Allah Maha Mengetahui dan Maha Meniliti Sesuatu.. :)
4: pandangan hati
pandangan yg sukar dicari..tpi kiter nak sgt..sbb melalui pandangan ini kiter dapat mengenal Sang Pencipta..Pandangan hati dapat dilihat bgila kiter suker seseorng uh sbb kiter mencintai Pemilik org yg kiter suker..susah kan nak cari cam uh..tpi xper..Allah berfirman mafhumNya; "....laki-laki yg baik tuk pompuan yg baik..." akan kiter pgang kata-kata cinta dari Allah tu sampai akhir Ayat..amin insya alllah :)
sambung tajuk...
ari ni kiter terlihat bahawa kiter ader satu follower..seronok nyer..alhamdullillah..tq to sang Pencipta n si dia yang jdi kiter nyer follower..
:) tq
:) sgt
:) sgt

miggu lpas kiter rsa seronok sgt sbb dapat habiskan mase ngan sorang ni..wlaupn ader gab "masa" antara kami tpi seronok sgt..thanxs to Allah n thanx to her(kiter suke tgk awk senyum!) huhu
cukup smpai situ.xleh hurai lebih-lebih.. haha :)

cinta pada bunga,
bunga akan layu.
cinta pada manusia,
manusia akan mati.
cinta pada Allah,
cinta yang kekal abadi...
jm ramai-ramai cari cinta Allah :p

:) tq Allah Alhamdullillah

MAULID :)

Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Sy. Fuad

Alhamdulillah. Setinggi pujian kita rafa`kan ke hadrat Allah Rabbul Jalil di atas limpahan nikmatnya kita dipertemukan dan dapat melalui hari-hari bulan Rabi` al-Awwal tahun ini yang menyuburkan ingatan dan ikatan kasih kita dengan kekasihNya, Nabi kita, Sayyiduna Muhammad SAW. Nampaknya sambutan umat Islam di serata pelusuk dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat. Masih banyak lagi majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabi` al-Awwal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita. Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

Kita berdoa agar sambutan Maulid Nabi di negara kita akan terus meriah dan lebih semarak walaupun terdapat suara-suara yang nampaknya tidak senang dan kelihatan seolah-olah alahan (alergik) dengan sambutan Maulid. Pada tahun ini, suara-suara ini turut ‘menumpang’ isu pembatalan perarakan sambutan Maulid di salah sebuah negeri. Sebenarnya, saban tahun, apabila datang sahaja bulan Maulid, ada sahaja suara-suara, yang nampaknya bersumber daripada orang-orang yang sama, yang mempermasalahkan, mempertikaikan dan tidak senang dengan Maulid. Sikap tidak senang ini disuarakan pada pelbagai tahap dan dengan pelbagai ibarat. Ada yang menafikan adanya keistimewaan atau fadhilat Maulid Nabi SAW dan membanding-bandingkannya dengan keutamaan Nuzul Quran. Ada yang mengungkit-ungkit bahawa sambutan Maulid tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabatnya (maksud Bid`ah yang sesat). Ada pula yang memilih musim Maulid ini untuk menulis dan menekankan tentang soal keinsanan Nabi Muhammad SAW. Dan ada juga yang mempertikaikan cara dan kaedah sambutan itu diadakan. Mereka yang faham dan mengenali suara-suara ini tidaklah terlalu terperanjat walaupun tetap menepuk dahi dan mengurut dada kerana sedih dan kesal dengan kekeliruan yang cuba dijaja dan kedegilan sikap yang ditonjolkan. Mereka yang kurang mengerti dan memahami pula mungkin sedikit-sebanyak akan terkeliru dan timbul kesangsian terhadap sambutan Maulid. Apatah lagi jika isu ini turut bercampur dan bertindan dengan isu dan sentimen politik kepartian.

Bukanlah terlalu besar isunya, jikalau yang dipertikaikan tentang Maulid ini adalah kaedah dan cara sambutannya. Prinsip-prinsip Islam dalam menentukan kaedah dan cara dalam sesuatu amalan sudah ada pada kita. Yang haram dan halal sudah jelas dalam Islam, manakala yang syubhah eloklah dijauhi. Kita turut diajar berlapang dada dalam persoalan yang statusnya masih khilaf. Kita juga dilarang mempertikaikan niat orang lain serta perlu bersangka baik sesama Islam. Berbekalkan sikap ini soal-soal rinci seperti berarak atau tidak, pembaziran, percampuran dan batas aurat, lafaz dan bacaan selawat, berkompang dalam masjid dan sebagainya dapat kita sikapi tanpa menimbulkan banyak masalah.

Malangnya, sebahagian suara-suara yang alahan Maulid ini turut mempertikaikan prinsip dan hukum Maulid serta kewajaran dan kebijaksanaan menganjurkannya dari sisi Islam. Ini adalah soal yang lebih besar dan mendasar. Kegelinciran kaki dalam hal ini boleh melibatkan soal-soal besar termasuklah menyakiti Nabi SAW, tidak beradab dengan Baginda SAW, menentang syiar Islam, menyesatkan para ulama dan umat Islam, memecahkan kesatuan umat dan seumpamanya. Tidak hairanlah seorang tokoh ulama Yaman, al-Allamah Abu Abdullah `Alawi al-Yamani turut memperuntukkan bab khusus tentang persoalan Maulid dalam kitabnya yang bertajuk Intabih Diinuka fi Khotrin (Awas, Agamu Dalam Bahaya!). Memang, jika tidak berhati-hati, kata-kata dan perbuatan kita dalam bab Maulid ini boleh membahayakan dan mengancam agama kita sebenarnya.

Kerangka Fikir Menolak Maulid

Jika diteliti, ada beberapa kerangka faham agama tertentu yang dipegangi oleh mereka yang alahan Maulid ini yang akhirnya menyebabkan mereka bersikap begitu. Kerangka faham agama yang sama juga menyebabkan mereka turut mempermasalahkan dan berbeza sikap dengan majoriti umat dalam soal-soal tertentu seperti fiqh bermazhab, tasawuf, dan beberapa isu-isu khilafiyyah. Kita boleh menyimpulkan kerangka faham agama mereka ini kepada beberapa fahaman utama :

Pertamanya : fahaman mereka yang ganjil berkenaan prinsip dan konsep Bid`ah. Mereka tidak mahu menerima pandangan ulama-ulama muktabar yang membahagikan Bid`ah kepada yang sesat dan yang terpuji. Bagi mereka semua Bid`ah dalam hal agama adalah sesat. Mereka keras berpegang dengan tafsiran literal dan sempit kepada hadis yang berkaitan persoalan Bid`ah ini.

Kedua : mereka terlalu menekankan sikap Ittiba` (mematuhi) dalam sikap mereka terhadap Nabi SAW dan Sunnahnya. Seterusnya, secara langsung atau tidak mereka ini sering mempertentangkan Ittiba` dengan sikap-sikap lain kita terhadap Nabi seperti Hubb (mengasihi) Ta`dzim (mengagungkan), Tasyaffu` (memohon syafaat), Tabarruk (mengambil berkat), Tawassul (mengambil sebagai perantaraan) dan seumpamanya.

Ketiga : mereka berpegang serta bertaklid kuat dengan fahaman dan tafsiran beberapa tokoh ulama khalaf tertentu yang akhirnya telah diolah dan terolah menjadi suatu aliran terasing daripada arus perdana Umat. Berbekalkan fahaman-fahaman dalam aliran ini yang telah mereka angkat ke tahap doktrin dan memang disebarkan secara indoktrinasi (secara perbincangan sebelah pihak serta tidak saksama ataupun objektif), mereka ini rata-rata bersikap lebih pesimistik dan cenderung mempertikaikan tafsiran para ulama lain selain daripada beberapa ulama yang menjadi ikutan mereka.

Jika direnungi fahaman-fahaman asas mereka ini maka tidak hairanlah mereka ini cenderung menolak Maulid. Sebaliknya, mereka yang mendokong Maulid tidak perlu mengambil-kira pandangan ini kerana asas-asas fahamannya ternyata berbeza dengan arus perdana Umat. Pertamanya, di sisi majoriti umat, sambutan Maulid adalah paling kurangpun dikira sebagai Bid`ah Hassanah. Malah ada pandangan menyatakan bahawa ia termasuk sunnah yang dimulakan oleh Nabi SAW sendiri berdasarkan hadis yang menyebut bahawa kelahirannya pada hari Isnin menjadi salah satu asas Baginda SAW berpuasa sunat pada hari-hari tersebut, “Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku.”( Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)

Majoriti umat juga tidak melihat konsep Ittiba`, Hubb, Ta`dzim, Tasyaffu`, Tabarruk dan Tawassul sebagai konsep-konsep yang bercanggahan antara satu sama lain. Malah semuanya adalah sebahagian dan selari dengan dasar mematuhi dan mentaati Nabi SAW kerana konsep-konsep ini tidaklah dilarang atau bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Merujuk kepada asas fahaman mereka yang ketiga, majoriti Umat Islam telah mewarisi khazanah fahaman agama meliputi ketiga-tiga cabang utamanya Aqidah/Tauhid, Shariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawwuf daripada generasi demi generasi ulama-ulama pilihan dalam suatu kerangka yang kemas dan sistematik. Para pemuka ulama Umat dalam kerangka ini rata-ratanya tidak menolak dan mendokong Maulid sehingga boleh dianggap terdapat sebentuk Ijma` Sukuti (ijma` senyap) tentang sambutan Maulid Nabi selepas ia mula dianjurkan secara besar-besaran.

Keinsanan Rasulullah SAW

Dalam kehangatan kita cuba mendaulatkan dan menyanjung Nabi SAW di musim Maulid tahun ini, seorang penulis kolum telah memilih untuk membahaskan isu keinsanan para Rasul AS mengikut fahaman yang tersendiri. Pemilihan masa dan cara penulisan tulisan tersebut nampaknya cuba menghantar beberapa mesej yang bercanggah dengan sambutan Maulid Nabi SAW. Antara mesejnya adalah, keinsanan Nabi SAW ditonjolkan agar tumpuan diberikan terhadap al-Quran dan bukan diri Nabi SAW. Mukjizat yang berkaitan dengan diri Nabi SAW cuba dikecilkan kononnya untuk mengelakkan pelampauan dalam memuji Nabi SAW. Olahan sebegini terhadap mukjizat peribadi Nabi SAW turut dimaksudkan untuk mempermasalahkan keistimewaan yang boleh dikurniakan oleh Allah SWT kepada insan-insan pilihannya yang lain seperti Irhas dan Karamah.

Seperti biasa, kolumnis tersebut membawa beberapa dalil al-Quran dan Hadis untuk mendokong `tesis’nya itu. Cuma, jika diperhalusi, kesemua dalil-dalil ini telah ditafsirkan dan diletakkan dalam kerangka yang sesuai dengan kecenderungan penulis. Misalnya, ketika memetik ayat 110, Surah al-Kahfi yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku…” penulis tidak pula menegaskan bahawa walaupun Nabi SAW itu insan, tetapi sebagai insan yang menerima wahyu Baginda SAW bukanlah sama dengan insan biasa. Menerima wahyu adalah tugas berat dan istimewa dan Rasulullah SAW telah dipilih serta dipersiapkan lebih awal untuk proses itu. Setelah Baginda SAW menerima wahyu pula, Baginda SAW terus-menerus meningkat keistimewaannya dan tidak sama sekali boleh di samakan dengan insan biasa.

Penulis turut menukilkan ayat-ayat yang menegaskan bahawa mukjizat Nabi SAW hanya berlaku dengan izin Allah SWT. Isu ini tidak pernah dipertikaikan oleh mereka yang mengagungkan Nabi SAW. Dalam menjulang Nabi SAW, para ulama dan umat Islam arus perdana tetap melakukannya dalam kerangka tauhid. Mereka tetap mengembalikan segala keistimewaan Baginda SAW kepada izin, ketentuan dan iradah Allah SWT.

Kolumnis ini juga memetik hadis dimana Baginda SAW melarang kita daripada memujinya berlebihan seperti orang Kristian memuji Nabi Isa AS. Tetapi beliau tidak menyatakan pandangan para ulama yang rata-rata memahami hadis tersebut sebagai larangan bersyarat. Dilarang memuji Nabi SAW, jika pujian tersebut sampai ke tahap mengatakan Nabi Muhammad SAW sebagai anak Allah dan lain-lain dakwaan melampau Kristian tentang Nabi Isa AS. Adapun pujian setinggi manapun, selagi tidak sampai ke tahap itu, memang layak dan sesuai dengan ketinggian dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW disisi Allah SWT.

Kolumnis tidak pula membawa dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang menjulang dan memuji Nabi SAW. Tidak juga merujuk kepada sikap dan perbuatan para Sahabat RA dalam memuliakan dan membesarkan Nabi SAW. Para Sahabat RA, merupakan generasi yang paling memahami dan menjiwai al-Quran dan Sunnah tetapi apa yang mereka lakukan dalam memuliakan Nabi SAW adalah jauh melebihi apa yang kita lakukan di dalam atau di luar majlis-majlis Maulid yang kita anjurkan.

Seperti beberapa tulisan sebelum ini, kolumnis ini juga memberi gambaran yang buruk terhadap hubungan antara murid dan guru dalam dunia kerohanian Islam. Beliau mengajak pembaca untuk menilai dunia yang begitu dimuliakan oleh para ulama Islam ini dengan merujuk kepada fenomena yang berlaku dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang menisbahkan diri kepada dunia Tasawwuf dan Tarekat. Ini bukanlah sikap yang jujur mahupun ilmiyyah dalam menilai ajaran dan fahaman arus perdana dalam dunia tersebut.

Sebenarnya kecenderungan memperkecilkan mukjizat dan khususiyyah Nabi SAW serta Karamah para ulama-awliya’ pewaris Baginda SAW, adalah suatu percubaan meletakkan semua orang di martabat yang sama dalam Islam. Tindakan menyamaratakan (levelling) semua orang dalam Islam ini adalah jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dengan fitrah alam. Ia akan mengakibatkan hilangnya autoriti dalam Islam yang akan menghakis keutuhan keseluruhan Islam itu sendiri. Akhirnya sesiapa sahaja boleh cuba bercakap bagi mewakili Islam. Sikap menafikan keistimewaan mereka yang benar-benar istimewa dalam Islam ini adalah lebih buruk dan bahaya jika ia merupakan strategi licik untuk menggantikan tempat para tokoh-tokoh ikutan muktabar umat selama ini dengan ikutan terhadap tokoh-tokoh aliran dan kelompok sendiri.

Sikap Yang Sepatutnya

Latarbelakang isu ini adalah perasaan kasih dan membesarkan Nabi SAW yang dikongsi dan disepakati semua. Oleh itu, rasanya dalam isu yang satu ini, hasil perbincangan ringkas di atas, tidaklah sepatutnya begitu sukar untuk mereka yang tidak terlalu keras sikapnya untuk bersama-sama bersikap positif terhadap sambutan Maulid Nabi SAW.

Bagi mereka yang selama ini memang mendokong Maulid, mereka sewajarnya lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh meraikan dan menyambutnya. Tinggal lagi mereka harus sentiasa mempertingkatkan tahap kefahaman dan penghayatan mereka dalam sambutan Maulid yang mereka amalkan. Kaedah dan caranya harus dimuhasabah agar benar-benar berkesan serta diberkati agar matlamat-matlamat tertinggi di sebalik sambutan Maulid dapat dicapai dan dijelmakan.

Bagi segelintir orang-orang agama yang cenderung menentang dan alahan kepada Maulid, kita mencadangkan kepada mereka bahawa sudah ada banyak hujah dan asas ilmiyyah untuk membolehkan mereka melunakkan sikap mereka dalam bab Maulid ini. Kalaupun mereka masih enggan menyambutnya, ambillah serendah-rendah sikap yang terhormat dengan menganggapnya sebagai isu yang masih khilaf didalam Islam. Maka tidaklah wajib malah dilarang bagi mereka untuk mengingkari pandangan yang berbeza dalam mana-mana isu khilafiyyah. Adalah lebih terlarang untuk mengingkari Maulid jika ia akan menimbulkan ketegangan dan memecahkan kesatuan umat. Jika kebetulan mereka ini turut merupakan orang-orang politik yang bergerak di gelanggang politik pilihanraya, adalah terlebih wajar mereka melunakkan sikap dan tidak terlalu alahan terhadap Maulid. Bersikap keras terhadap Maulid hanya akan mengurangkan keyakinan umat Islam terhadap kepimpinan mereka.

Bagi muslimin-muslimat yang dari kalangan awam yang masih keliru dan ragu-ragu dengan perbahasan yang kita kemukakan disini kita menyeru agar mereka terus mengkaji dengan saksama, bersyura dan beristikharah. Rujuklah tulisan dan pandangan ulama muktabar yang lebih terperinci berkenaan isu ini. Kita akui bahawa tidak sesuai di ruangan ini untuk kita menulis secara terlalu terperinci mahupun terlalu berterus-terang. Inilah sekurang-kurangnya yang wajib mereka lakukan kalau mereka mahu turut terjun ke gelanggang urusan para ulama dan mereka yang mengkhusus dalam ilmu-ilmu Islam. Itu pun dengan menjaga adab-adabnya dan dengan tetap akur bahawa isu-isu agama adalah satu bidang yang kepakaran yang menuntut pengkhususan seperti bidang-bidang pengkhususan yang lain. Jika mereka tidak sanggup dan memangpun mereka tidak dituntut mengkaji seperti para ulama mengkaji, maka mereka sepatutnya mengikut pandangan muktabar sama ada yang telah diangkat sebagai fatwa rasmi ataupun tidak. Itu adalah sikap yang lebih selamat dan sejahtera bagi agama mereka.

Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.
(KITER AMIK KAT PONDOKHABIB.WORDPRESS.COM)

Allah berikanlah ak petunjuk bagi mengejar cintaMu..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYANYANG
Salam sejahtera,
alhamdullilah,dengan limpah dan kurnianya saya dapat dan cuba untuk berkongsi ilmu yang xseberapa ni...ari ni saya belajar bahawa jangan pandang org gune persepsi mata kasar atau mata akal,mata nafsu dan mata biasa..pandanglah seseorg melalui mata hati..
smlm syy terdengar mengenai masalah akidah..ader ulamak kata skang ni iman dah diibaratkan macam masuk dan kuar..tpi apa yg sy paham iman sunnah wal-jamaah ialah sentiasa naik dan turun..lpas je sy cuba tanyer senior yg dulunya sy kurang beri perhatian..jawapan dia menyebabkan sy sedar betapa hinanya sy ni..dia hurai kan maksud iman dgn mudah dan dia sokong bahawa iman itu adlah sentiasa naik dan turun.
sambung perbincangan..
Allah merupakan tuhan Yg Satu(the only God)yg wajib disembah dan ditauhidkan..tanpa Allah kiter xkan ader kat dunia ni..cinta..adalh subjektif..
nak tau xknapa Allah ciptakan manusia..ader yg berpendapat bahawa Allah ciptakan manusia sbb nabi Muhammad saw..
mengikut riwayat, masa di syurga dulu..nabi Adam melihat di Arsy Allah terdapat nama Allah dan satu nama yang setaraf denganNya..lalu ditanya oleh Adam kepada Allah..Allah berfirman bahawa nama yang setaraf dgn namaNya itulah adalh kekasihNya di mana..berasal daripada keturunan nabi Adam..dan manusia dicipta atas dasar kasih sayng Allah(Allah Maha Pengasih) terhadap Nabi Muhammad saw mnusia dicipta..(nak cerita lanjut tanya org yang pakar) :)
kiter juga pernah bercinta..2x cinta sudah cukup bermaya..untuk cinta yg ketiga biarlah Allah yg pilih..melalui pilihan dan doa dari diri yg lemah ini...
dalm cinta, ader 4 pandangan..
1. pandangan biasa
2.pandangan akal
3.pandangan nafsu
4.pandangan hati.
:) nak tau lebuh lanjut....nanti di dalam penulisan akan datang akan keter uraikan.. :) salam

CINTA IBARAT RAMA-RAMA,
BILA DIKEJAR IA AKAN LARI,
BILA DIBIAR IA AKAN DATANG DENGAN SENDIRI,
DAN HINGGAP DENGAN MANJANYA..
CARILAH CINTA ILAHI..
CINTA YANG KEKAL ABADI..

ALHAMDULLILLAH, TQ ALLAH :)

Tuesday, March 2, 2010

Bestnyer training...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LG MAHA PENYANYANG

Training? atau latihan...best ker? erm, kiter rase best ble kesan lepas training uh badan dapat jadi feet. Alhamdullillah..seronok rasenya.tapi mase traning uh macam2 jampi serapah terkeluar dgn sengaja..hahaha..hina nye kiter ni..manusia, selalu alpa dan terlupa..
kadang2 jadi baik..kadang2 jadi cam ape2 ntah..(tiada tuhan selain ALLAH, Maha Suci Engkau..sesunguhnya kami tergolong dari org2 yg zalim)
kalau xsilap kiter, manusia ni terjadi dari pelbagai jenis tanah..salah satunya, tanah yang busuk..(rujuk pakar balik takut silap) dan manusia ni jugak dicipta dengan sifat yang terburu-buru atau gelojoh.. Subhanallah(Maha Suci Allah) jadi dalam training uh, bila kiter pikir balik..kenapa r kiter ni asyik berjampi serapah je? upenya sbb asl kejadian manusia ialah sifat terburu-buru..
Subhanallah(Maha Suci Allah)..bila kene marah sikit je nak melenting pas uh nak mengumpat plak orng yg marah kiter uh..Astagfirullahala'zim..bile r nak menjadi seperti para sahabat dulu..bila diuji dorang suke sgt..sbb dorang tau yg Allah takkan bebankan org uh slgi beban uh x menyusahkan dorang..maknenyer, bile dorang kene uji sikit dorang dapat sabar.. ALLAh...tinggi btul sifat dorang..
Teringat bile Bilal bin Rabbah dihempap batu...perkataan yg terkeluar dari mulutnye ialah Ahad(Allah Maha Esa)..Ahad(Allah Maha Esa)..Ahad(Allah Maha Esa)..pas uh bile masyitah dan suaminya diuji sehingga shahid mempertahankan kalimah Lailahaillallah(tiada tuhan selain Allah)..Allah..Ya Allah mantapkanlah iman kami seperti mana mantapnya Iman para sahabat dan org-org yg soleh. andainya kami alpa dan lalai, tunjukkanlah kami jalan yg lurus..Maha Suci Allah.Tuhan sekalian Alam..amin.. :)
Jadi berbalik kepada ceritanya tadi..kiter dan semua org perlulah mengenal erti Kesabaran..walaupun sabar itu mudah diucap dimulut dan sukar dilaksanakan dengan perlakuan.. tapi ingat Allah sentiasa bersama dengan org2 yg sabar...so, pas ni insya Allah kalo ader training ag kiter berzam nak puji Sang Pemilik jer..xnak r tambahkan saham dosa..buat bazir air liur je..btul x?huhu :)

sebelum menutup tirai..

Berusahalah untuk bersabar..
seandainya kau marah sedang kau berdiri,
duduklah.
seandainya kau marah sedang kau duduk,
baringlah.
seandainya kau marah juga di saat kau berbaring,
berwudhuklah.
dan
andai kata kau masih menyimpan perasaan marah itu,
selepas kau berwudhuk,
larilah ke tmpt yg bisa
menceriakanmu..

:)Tq Allah..Alhamdullillah